Thursday, 18 December 2014

Pe ke benda Tayar ni??

Struktur Tayar

Salam perkenalan dari Piston Head, kali ni gua akan bercerita mengenai tayar dan informasi yang berkaitan pada tayar. Ramai yang main beli and tukar tayar tanpa taw asal usul atau spesifikasi tayar yang bersesuaian untuk kereta masing2. Selalunya org wat endah xendah je sampai la tayar sendiri pecah ke meletup ke baru gelabah nak google and carik tayar mane yg sesuai la nk beli kat mane la brand ape la braper harga standarad la.

Dalam blog gua ni gua akan cerita setiap tajuk yang gua utarakan dgn dua kaedah bahasa. Pertama Bahasa Engineer and kedua Bahasa Kampung. Separuh org dia nak penjelasan dari segi teknikal untuk mudah paham and separuh org xpedulik pun just nak simple and bagi mudah paham. Gua xnak sembang byk..meh gua citer sikit pasal tayar ni kat lu org sume..

Fungsi Tayar

Bahasa Engineer

- Untuk menyerap beban dan hentakan dari pada berat badan kereta.( pembahagi beban)-force distributor
- Untuk menjadi bahan perantara untuk menghasilkan geseran atau cengkaman diantara jalan dan kereta (supaya kereta xslide/gelincir)

(Tayar berfungsi untuk mengelak kereta dari tergelincir dari landasan dengan menghasilkan geseran)

Bahasa Kampung

- Tayar adalah benda bulat yang warna itam dkt bawah kereta dan ade 4 biji. Sebiji dekat dlm boot belakang.
- Fungsi tayar untuk berpusing dan bawa kereta ke destinasi yang di tuju.

Kenapa Tayar buat dari getah??

- Sebab getah ade sifat elastik yang tinggi (anjal) jadi ianya bersesuaian dengan matlamat tayar untuk serap beban kereta yang lebih kurang 1 ton-1.5 ton.
- Kalo lu org sume nak taw tayar mula2 dibuat dari kayu..sbb tu lu org tgk dlm citer mat salleh itam putih tayar dia dari kayu. Tapi ade sorang mamat ni nama dia Dunlop dia terpikir nak gune getah dia jahit pastu dia seal gune gam utk basikal anak dia..Dia lah pengasas company Dunlop.

Struktur Tayar

Kita sembang pasal tayar kereta bukan nye tayar forklift,tayar lori, tayar motor or tayar basikal.. Sebab tayar2 lain tu dia xsame and fungsi pun berbeza. Mungkin lu org selalu dengar tayar tubeless or tayar xde tube yang bebudak wat pelampung kat pantai tu. Tayar kereta di masa kini adalah tayar tubeless berbanding zaman dulu mmg kereta pakai tayar yang ade tube. Kenapa pakai tayar tubeless?? Sebab tayar tubeless dia lagi lambat angin keluar dan lagi selamat korang bezakan bila tayar kereta meletop dgn tayar lori meletop mane lagi bahaya??

Bagi gua setiap design atau ciptaan bersebab and bila kita paham sebab musabab dia lagi mudah kita paham kereta kita and taw mcm mane nak jage..Dalam tayar kete ni ade beberapa struktur mcm kat bawah ni gua akan terangkan fungsi dan sebab design macam tu:


Tread: lapisan getah yang bercorak pada permukaan paling luar tayar dan terbahagi kepada dua bahagian melalui Groove.
Fungsi: sebagai medium yang akan menyerap haba dari jalan atas sebab cuaca mahupun geseran. Juga bertindak sebagai medium yang akan melakukan geseran dengan permukaan jalan bagi mengelak slide. So, Tread ni la yang akan haus dulu berbanding struktur lain.

Masalah yang sering timbul:
1)Tread haus xrata menyebabkan bunyi beralun (boleh rasa dengan tangan tapi jangan la pki gloove sbb mmg xrasa la)

2) Tread xrata selalu nye sebab suspension problem (absorber), tapi jangan risau tread xrata xdela membahayakan sgt selagi bunga ada lagi cuma bunyi tu xmenyenangkan la.
3) Tread kene masuk paku, skrew dan seangkatan dengannya. Pegi kedai tayar dia akan cabut paku/ screw tu pastu dia akan tampal "tikus" guna getah jugak. Kos dalam RM5-RM8 tgk kedai la..
(Alat yang digunakan untuk wat 'tikus')

Corak Pada Tread:  Corak pada tread tu bukan suka2 di design atau wat camtu. Kat sini la otai2 designer dan engineer membuktikan bakat yang terpendam. Dengan corak ni la diorang boleh menetapkan beberapa perkara seperti yang selalu jadi target utama diorang:

a) Belah air (untuk keselamatan bila lalu dalam lopak air supaya xslide)- lebih cengkaman
(Salah satu contoh tayar belah air, lu org tengok dekat line yg bengkok sume ke dalam tu..tula tujuan dia tok belah air..supaya kete xgoyang bile redah lopak air)

b) Kurangkan bunyi tayar (jalur2 pada tread yang berbeza boleh mengurang atau menambahkan bunyi)-bunyi kan terhasil dari getaran. jadi ruang udara atau geseran tu yg menghasilkan bunyi. sebab tu corak tu boleh bagi impak pada bunyi.
c) Jimat minyak (konsep dia lagi kurang geseran lagi jimat minyak tapi geseran masih diperlukan untuk mengelak slide) Kat sini la otai2 ni nak kene cuba mengurangkan sebanyak mungkin geseran dan masih tidak membahayakan driver. Logiknya anggap tenaga dalam diri kita mcm minyak, kalo kita tolak kotak penuh dengan beban atas tar dengan atas lantai yang licin mane lg mudah dan kurang menggunakan tenaga. Tula konsep dia.

(Geseran yang terhasil daripada permukaan yang tidak sekata)

Belt: adalah lapisan - lapisan yang corak jalur2 di bawah tread. jalur2 dia ni amata penting dan dia xleh sume pada arah yang sama. Sume ni bersebab, jalur2 pada setiap lapisan hendaklah berbeza sebab ianya akan memegang struktur tayar daripada berubah disebabkan oleh tenaga dalaman daripada angin (compressed air) apabila berlaku hentakan ketika pemanduan. Jalur ini akan bertindak sebagai pembahagi tenaga (force distributor). Kalo tgk kat gambar lapisan pink dgn kuning tu kan beza arah garisan/ jalur dia tu..

Bead: ni adalah antara struktur yang leh gua kata penting gak la dlm tayar, especially dari segi tahan lasak atau bahasa jawa dia durability. Bead ni adalah bahagian yang bersentuh dgn rim tayar. Kalo mak2 bedah sume xtaw rim tu ape? rim tu benda yang bulat besi besar kat tayar tu bahagian tengah tu la rim namenye..Ok sambung balik..Bead ni penting sebab kalo dia x 'seal' atau ketat betul2 angin akan keluar dari situ sebab dialah yang bersentuhan dengan rim.Bead ni pulak terdiri daripada dawai2 besi dan jugak getah yang mempunyai sifat elastik yang rendah bagi mengelakkan dia berubah bentuk dengan mudah..So kalo bead anda rosak dawai terkeluar ke getah koyak ke kat situ yang dimana jarang skali berlaku la melainakn kalo korang sume wat tayar sendiri. sila la tukar tayar cepat2 sebab bahaya..

Shoulder/ Side Wall: Ni adalah kawasan tepi dinding tayar. Kawasan ni diluar jajahan kuasa Tread. Jadi xde permukaan getah yang tebal kat situ. Kenapa xtarok getah Tread kat situ??mcm biase sume design ade sebab..kalo tarok Tread kat situ xde gune nye sebab:

a) xbersentuh dengan apa2 permukaan (xmenepati matlamat and tujuan tread)
b) tambah berat dekat area dinding akan menambah kan geseran dan xmenjimatkan minyak
c) tambahan kos (watpe nak tarok bende yang tambah kos tapi xde fungsi)

Masalah yang sering berlaku:

a) Sidewall kene paku atau skrew, penyelesaian same mcm Tread kat atas tadi. Wat 'tikus' bayar RM5 settle. Tapi kene ingat kalo wat 'tikus' kat side wall lagi xtahan lame berbanding kat Tread sebab kat sidewall struktur dia xkukuh mcm area Tread yang siap ade Bead lagi. Jadi kemungkinan untuk bocor or tayar kembung kat sisi adalah tinggi sebab lubang tu dah jadi 'weak point' tayar. Tapi bagi gua yang lagi penting lu org carik sape punye keje yang tarok skrew atau paku kat sidewall tayar korang.. Sebab tayar tu mane sentuh jalan camne lak leh kene paku or skrew..


(Shoulder yang dah haus n akhirnya koyak smpai terkeluar dawai dari belt)

b) Side wall bengkak, selalu side wall ni bengkak bile korang jarang isi angin tayar and slalu hentam jer lubang kat jalan tu.. pantang tgk lubang jer korang pulun..so akibatnya tu la tayar bengkak kat side wall..Knape sidewall?? penjelasan same mcm kat atas tadi. Side wall paling lemah berbanding kawasan lain so 'pressure' dari hentakan masuk lubang tu dia akan pergi ke situ and lama kelamaan dia bengkak anda koyak..
(Gua paling menyampah tengok benjol ni sebab tu petanda wallet gua akan nipis)

Gua da sembang byk pasal struktur tayar tok sekarang.. pasni byk bnde lagi gua nak share dgn lu org sume.. pasal tayar jer mungkin lagi 2-3 entry.. xmasok engine lagi bagai..so nanti kan la ..wa harap ni sume boleh membantu lu org sume..

No comments:

Post a Comment